Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan Sistem Ujian Psikometrik.
Selepas log masuk, anda akan melihat Paparan Utama (Dashboard). Di sini anda boleh menyemak maklumat profil, status bayaran, dan akses tindakan pantas.
Klik pada menu Ambil Ujian di bahagian tepi kiri. Anda boleh melihat senarai ujian yang tersedia serta bilangan percubaan yang masih tinggal. Tekan Mula Ujian untuk memulakan.
Pilih jawapan yang paling sesuai dengan anda untuk setiap soalan. Sistem akan memaparkan baki masa di bahagian atas skrin.
Setelah selesai menjawab, pergi ke menu Keputusan Saya. Di sini anda boleh melihat taburan gaya pemikiran serta gaya dominan anda.